Wednesday, April 5, 2017

E0104: Antara Emas, Perak dan Wang Kertas, Mana Satu Menjadi Pilihan Untuk Simpanan?

Teks: Nor Azian Binti Jamil
Gambar: Google & Koleksi Peribadi
azian@draz.my















"Antara Emas, Perak dan Wang Kertas, Mana Satu Menjadi Pilihan Untuk Simpanan?", Pn Reni bertanya.

Jawab saya, "Saya bahagikan kepada 3 bahagian. 55:5:40. Iaitu, 55% untuk emas. 5% untuk perak manakala baki 40% untuk wang kertas. 55% daripada emas itu saya pecahkan menjadi pegangan saham, hartanah, mengembangkan perniagaan serta melancong. 5% untuk perak pula disimpan sekadar suka-suka. 40% daripada wang kertas itu digunakan untuk meneruskan dan menguruskan kehidupan."

Dahulu sewaktu mula belajar menyimpan emas, saya sangat taksub. Sehinggalah pada tahun 2012 saya diberi pengajaran hidup bagaimana emas tidak dapat digunakan. 

Kalut! Takut! Risau!
Apa akan jadi dengan hidupku?

Sedangkan sebelum ini para sifu dan otai-otai emas kerap berkongsi dan mengajar agar menyimpan emas kerana ia sangat diperlukan dan amat berguna di masa depan berbanding wang kertas. 

Ya! Saya pandang senget terhadap wang kertas waktu itu.

Sekitar tahun 2012, berlaku kes perniagaan emas melonjak naik. Pelbagai jenis model dan jenama emas wujud di pasaran. Ada emas MLM (beli emas mesti jadi agen dan bayar yuran yang tinggi) serta wujud pelbagai jenis penipuan emas sehingga menjadi berita nasional. Ini berikutan wujudnya pelbagai syarikat emas yang membuat skim membeli emas tetapi emas disimpan di tempat mereka. Tidak sedar ditipu penyangak durjana! 

Ramai yang membabi buta percaya kerana katanya orang atasannya adalah somebody dan mana mungkin akan ditipu. 
Kerugian bukan setakat puluhan ribu, malah JUTAAN ringgit! 

Situasi mencemaskan ini mengakibatkan emas tidak dapat dicairkan di pasaran. Ini termasuklah emas yang saya sering gunakan sebagai modal perniagaan dan pelancongan. Namun begitu, selepas 7 bulan, syarikat kami satu-satunya dibenarkan meneruskan operasi manakala banyak syarikat lain masih lagi disiasat sehingga lebih 2 tahun. Ini adalah kerana syarikat kami mendapat kepercayaan penuh kerana menjalankan perniagaan emas mengikut undang-undang.

Syukur Alhamdulillah. Saya mendapat tamparan hebat waktu itu. Di dalam keadaan kekurangan tunai, tiada apa yang boleh saya lakukan. Terpaksalah menjual beberapa unit emas yang berada di dalam simpanan. Mujur harga emas meningkat naik waktu itu, tidaklah terasa rugi. Namun saya masih terasa sayang kerana jika ia masih ada, nilainya akan menjadi lebih tinggi di masa hadapan.

Sebuah pengajaran yang amat mahal namun begitu berharga.

5 tips mudah yang boleh saya kongsikan:

  1. Pastikan anda menyimpan emas dan BUKANnya resit atau buku emas bagi mengelak penipuan dan melindungi diri daripada RIBA. 
  2. Simpan emas untuk jangka panjang (JANGAN jual melainkan anda adalah peniaga emas)
  3. Konsisten menyimpan emas (usah dipengaruhi turun naik harga emas melainkan anda adalah pelabur yang sering memerhati carta turun naik harga di pasaran)
  4. Tukarkan (bukan jual ya!) emas kepada pelaburan lain seperti hartanah mahupun pengembangan perniagaan.
  5. Kenalpasti tujuan membeli emas. 
    • Untuk bergaya? 
    • Untuk pelaburan? 
    • Untuk masa depan? Hasilnya akan jadi sangat berbeza.


Sekian dahulu. Semoga ia memberi manfaat. 

Tuesday, April 4, 2017

E45-0: Feedback Latihan Menulis Oleh Pn Masayu





Teks: Nor Azian Binti Jamil
Gambar: Koleksi Peribadi
azian@draz.my


Minat mendalam terhadap bidang penulisan membawa saya untuk bertemu dengan ramai tenaga pengajar termasuklah Pn Masayu.

Di zaman Facebook ini, saya disarankan oleh rakan-rakan tentang kelas penulisan yang dianjurkan Pn Masayu. 

Saya merupakan peserta bulan Mac. Kami diminta untuk menghasilkan penulisan dalam tempoh 20 hari. 

Kelas yang santai dan membantu mengenalpasti kekuatan diri kita berdasarkan 8 soalan temubual yang diberikan pada awal sesi kelas. 

Alhamdulillah, dengan latihan tersebut, ia membantu saya menghasilkan beberapa catatan pengalaman peribadi sepanjang terlibat di dalam dunia keusahawanan ini.

Semoga catatan saya memberi manfaat buat anda sebagai pembaca.


Tuesday, March 28, 2017

E44-44: 2 Kesilapan Mengurus Duit

Teks: Nor Azian Binti Jamil
Gambar: Google & Koleksi Peribadi
azian@draz.my



Pernahkah mendengar pesanan ini?
Mereka yang kaya bukanlah yang bergaji besar tetapi yang banyak menyimpan.


Kita sentiasa cemburukan orang lain. Kita lihat mereka bergaji besar, mulalah berangan-angan, "Kalaulah aku bergaji 10 ribu, mesti aku senang, kan?"

Menurut Warren Buffett, mereka yang sentiasa hidup dalam ketidakcukupan adalah kerana:
  1. Tidak menyimpan.
  2. Mahu kaya cepat.

Sikap Mahu Kaya Cepat adalah sikap manusia yang sering kita jumpa. 

Siapa tidak ingin kaya cepat bukan?
Pelbagai cara dilakukan. Terutama jika mendapat tawaran duduk diam-diam dapat duit sudah semestinya itu satu tawaran yang sangat mudah dan memudahkan. Lebih-lebih lagi jika ada CEOnya yang bertaraf Ustaz Ustazah, Dato Datin atau Tan Sri Puan Sri sudah tentu sangat mudah kita percaya. 
.
.
.
Hakikat sebenar dalam kehidupan kita, tiada satu apa pun di dalam dunia ini yang PERCUMA dan duduk diam-diam dapat duit. 
.
.
.
Jika ingin kaya, syarat utama ialah menyimpan. 
Jika anda simpan dalam bentuk duit, ia akan mengalami susut nilai atau boleh juga susut bila-bila masa jika faktor 'kecemasan' tiba-tiba di ambil kira. Jika anda sudah merasakan penangan matawang RM mengecil di pasaran pada tahun 2015-2017, pasti anda akan lebih faham.
.
.
.
Bagaimana untuk mengatasinya ya?

Simpanlah dalam bentuk harta tetap seperti hartanah dan emas mulia.
.
.
Nanti ada pula yang bertanyakan saya, mana mampu nak simpan dalam bentuk hartanah. Modalnya besar!
Ya! Modalnya memang besar. Tetapi kita boleh berdikit-dikit dengan menyimpan logam. Dari logam dijadikan hartanah. 
.

.
.
Boleh juga buat pinjaman Ah Long Kawasan Yang Berlesen. 
Bank le tu. 

Malang sungguh, sedari dalam perut lagi kita sudah dilatih untuk hidup meminjam bank. 
.
.
.
Jika saya ada ilmu emas mulia ini sewaktu muda, pastinya saya akan berjaya melindungi diri saya dari Riba. Di sekolah, kami belajar ilmu tentang Riba sekadar dari buku teks. Malangnya, kami tidak belajar cara-cara melindungi diri dari Riba dalam kehidupan sebenar. Takut diperangi Allah, tetapi tak ada siapa pun yang boleh berkongsi cara-cara mengelak dari terjebak secara sedar.
.
.
Namun begitu, saya sangat bersyukur, Pencarian saya telah dibantu Allah. Banyak jalan yang saya telah temui untuk berjihad menghindari Riba. Saya mulakan dengan diri sendiri dan keluarga terdekat saja dahulu.  
.
.
Sangat mudah bila dah tahu caranya. Saya sedang bertindak pantas kerana masa tidak lagi berpihak kepada saya. Maklumlah, umur sudah meniti senja.



 







Sunday, March 26, 2017

E43-44: 6 Langkah mudah berurusan dengan pelanggan secara Online



Teks: Nor Azian Binti Jamil
Gambar: Koleksi Peribadi
azian@draz.my







Berurusan dengan pelanggan secara atas talian agak mencabar kerana kita tidak kenal siapakah mereka di hujung sana. Lelaki? Wanita? Remaja? Berumur? Peramah? Pendiam? Berpangkat? Bergelar? Professional? Tiada pendidikan tinggi?

Ke semua perkara ini perlu diambil kira kerana kita tidak nampak pelanggan secara fizikal. Berbanding secara berdepan, sekurang-kurangnya kita dapat melihat riak wajah dan gerak bahasa tubuh selain dapat mendengar nada suara tinggi atau rendah.

Gunakan 6 langkah paling asas ini untuk memenangi hati pelanggan anda.

1. Perkenalkan diri 


Sekiranya pelanggan hanya menghantar pesanan melalui PM/MSG/Whatsapp/Email dan hanya menulis satu perkataan secara umum seperti:

"PM" 
atau "Boleh bagitau harga produk yang cik jual?"

Anda boleh jawab:
"Terima kasih menghubungi saya agen sah Vitamin K original dari Germany. Boleh saya tau nak beli apa ya?"


Kalau pelanggan dah beritahu pada mulanya dia nak beli apa, cukup sekadar tanya 

"Boleh saya tau, cik pernah pakai produk Vitamin K sebelum ni?"


Jangan LEBEYYY - 2 soalan CUKUP 


Ini kisah benar. Ramai yang over peramah. Siap tanya nama, no telefon, asal mana, dah kawin ke belum, anak berapa orang, kerja apa, kerja kat mana.


Uiii! Tanya soalan sampai 7 keturunan. Orang tu belum nak beli kita dah serang dia dengan soalan bertubi-tubi. Hilang la mood kawan tu. Terus dia blah. Padan muka!

Kalau secara berdepan korang tanya soalan 7 petala langit tu, mau makan penampor! Jangan dibuat dekkk!

2. Tanya masalah, dengar masalah. 

Apa masalah pelanggan sampai dia nak beli Vitamin K?
Jangan tanya saya. Tanya lah pelanggan yang hubungi kita.

Apabila mereka beritahu, maka di situlah kata kunci untuk mereka membuat pembelian.

3. Kaitkan dengan produk, tambah testimoni. 

Apabila dah tahu masalah mereka, tunjukkan beberapa contoh atau testimoni pelanggan terdahulu. Jangan pula menipu dengan memberi contoh palsu. Dosa tau!


4. Soal jawab dengan pelanggan. 

Pada peringkat ini, pelanggan dah mula berminat dan mereka akan mula bertanya lebih. Jawab je. Kalau boleh jangan bagi peluang langsung dia bertanya, sebaliknya kita yang tanya mereka. 

Eh! Bukan tanya membabi buta ye. Tanya perkara yang berkaitan. Ni kena belajar teknik bersoal jawab.

5. Beri Tawaran. Sebut harga. 

Apabila minat sudah dilahirkan. Masa ni kita boleh tawarkan harga jualan. Jika mereka meminta sedikit diskaun, berikan apa yang bersesuaian. Jangan pula main harga sampai untung pun tak ada. Nak sedekah buat cara sedekah. Jangan tutup periuk nasi sendiri dan periuk nasi jiran-jiran anda.


6. Minta nama, alamat, no telefon.

Ha! Di sinilah soalan tentang nama dan no telefon baru anda tanya.  Peramah tu biar bertempat ye cik jah.

OK. Cukup dulu 6 langkah ini. Buat dulu. Kalau berhasil ataupun tidak, kongsikan dengan kami supaya dapat kami kenalpasti kekuatan dan kelemahan skil inspektor Sahab kalian.

Selamat bertanya soalan!

E42-44: Bad Close Sale



Teks: Nor Azian Binti Jamil
Gambar: Koleksi Peribadi
azian@draz.my








Jenuh bercerita tentang Close Sale. Ape kebenda lah dia ya?

Close Sale ni proses akhir nak bagi duit masuk la. 

Penat-penat berhabis duit buat iklan guna FB Ads dengan Google Ads. Dah boleh eksen dengan orang lain yang Like Page kita dah cecah puluhan ribu. Tapi...duit keluar je manjang. Masuk nya segan macam siput.

Setiap kali pelanggan dah berminat, kita pun dah naik kematu jari menaip whatsapp/PM, tiba-tiba dia kata:

  • "Tak pe lah. Nanti saya tanya suami dulu."
  • "Tak pe lah. Saya survey harga je"
  • "Tak pe lah. Nanti kalau nak saya hubungi semula"
Eh! Berapa banyak tak pe lah.

Nak closing di media elektronik nampak senang kan? Tak payah menghadap muka pelanggan yang kita dok menyampah banyak tanya tapi tak beli.

Ewah! Ewah! Duit orang nak, tapi orangnya kita tak nak.

Psst!!! Ini pengalaman sebenar saya kumpul sepanjang membantu menyelesaikan masalah para usahawan tak sedar diri ni. Ramai usahawan dok komplen mengadu dengan saya, caci maki perli-perli pelanggan sebab banyak sangat tanya tapi tak nak beli. Kalau perangai macam ni, baik berhenti sahaja dari berniaga, pesan saya.

Nak ambil duit orang ni ada syarat kena ikut. Bukan main jawab Yes No Alright saja.

Syaratnya mudah: Kawal perbualan (telefon/sms/whatsapp/offline) supaya dapat beritahu nilai sebelum beritahu harga
.
Bagaimana nak kawal perbualan?

KITA yang TANYA SOALAN.
BUKAN CLIENT yang tanya soalan

Contoh perbualan telefon/sms/whatsapp:
Pelanggan: "Kak, saya nak beli baju muslimah Lady Diana, berapa harga termasuk pos?"

Dengan pantas sambil tersenyum sampai telinga dah dapat mangsa, terus kita jawab: "Harga RM150 free pos". 
Titik. Noktah, Tamat lah sudah perbualan itu.
Dek excited sangat ada customer berminat nak beli baju kita, terus je jawab macam ni ya?

Inilah dia penyebab utama yang tak dapat CLOSE Sale. Rentikan! 
Jangan sesekali buat macam ni samada online ataupun offline

Nah! Cuba tambah baik jawapan dengan cara berikut: "Boleh saya tau nak saiz apa ye?" 

Inilah dia sebahagian daripada langkah mengawal perbualan. 

Amacam? Faham ke faham?


Susah ke senang?

Cuba buat dulu langkah paling asas ini dan kongsikan dengan saya hasilnya. Kalau berjaya, saya punya komisyen 25% ya! hihihihi.... tak baik kedequttt...

ps: Dah cuba close sale secara berdepan? Ha! Yang ni kena ada tambahan ilmu lain yang dipanggil SAKA Closing.

Friday, March 24, 2017

E41-44: Kisah kak Fauziah dan anaknya

Teks: Nor Azian Binti Jamil
Gambar: Koleksi Peribadi
azian@draz.my







Selasa lepas saya menerima kehadiran Kak Fauziah, pelanggan tetap yang setiap bulan pasti datang ke SOHO butik membuat pembelian.

Kak Fauziah ni rajin bercerita. Saya pula seorang pendengar setia. 

Kali ini Kak Fauziah berkongsi cerita tentang anak-anaknya. Beliau gemar bercerita tentang anaknya Zairi yang memiliki kedai komputer di Kompleks PP tempat yang sama saya pernah berniaga dahulu. 

Zairi mempunyai seorang abang yang dahulunya pernah bekerja di Dubai. Gajinya besar, setiap bulan tidak pernah kurang dari RM10,000 yang dibawa pulang. Namun begitu beliau membuat keputusan untuk berhenti kerja kerana tidak tahan dengan pengurusan syarikat.

Abang Zairi yang langsung tidak mempunyai minat berniaga akhirnya membuat keputusan untuk menjual coconut shake bersama seorang rakan di Taman PU. Tidak dapat bertahan lama, beliau menutup perniagaan kerana rakan kongsinya menarik diri. 

Demi kelangsungan hidup, beliau menyambung bidang yang tidak diminatinya dengan menjual cendol dan laksa di perkarangan masjid A. Wah! Sambutan yang hebat dan secara purata beliau mampu memperolehi hasil jualan sekitar RM400 sehari semenjak bermula 2 bulan yang lalu.  

Apa yang dapat saya kongsikan di sini ialah, untuk berniaga TIDAK PERLUKAN MINAT mahupun BAKAT. Kita sebenarnya boleh melakukan apa saja sekiranya berada di dalam fasa SURVIVAL. Kejayaan atau kegagalan sesuatu usaha yang dilakukan adalah satu proses kelangsungan hidup. Tidak penting jika kita gagal kerana kejayaan adalah sahabat sejati yang akan muncul apabila masanya tiba.

Wednesday, March 22, 2017

E40-44: Pentingnya Sistem Perekodan Untuk Usahawan

Teks: Nor Azian Binti Jamil
Gambar: Koleksi Peribadi
azian@draz.my

---------
Nota: Tulisan ini sesuai dibaca untuk anda yang terlibat dalam perniagaan tetapi menghadapi masalah di dalam perekodan.
---------




Pernahkah anda mengalami masalah PC, laptop, tab serta telefon bimbit rosak secara tiba-tiba?

Ujian tahun 2017, telefon bimbit serta komputer saya rosak sehingga mengakibatkan semua maklumat dan dokumen hilang.

Aduh! Menangis air mata darah pun tidak mampu mengembalikan apa yang hilang. Rasa macam nak runtuh langit kehidupan.

Lebih mengharukan, Username dan password lupa. Sounds familiar?
.
Tapi, hikmah dari ujian tu akhirnya berjaya menghasilkan dokumen perekodan syarikat yang julung-julung kalinya dihasilkan.
.
Nama je ada Diploma in Business Studies tapi ia gagal diaplikasikan ke alam realiti.
.
Sebab? Belajar masa kat universiti tak sama dalam kehidupan. 


Alasan....kann?
.
Kelemahan sistem perekodan mengakibatkan saya sering bertanya di dalam hati
"Ke mana duit aku pergi? Masuk banyak, tapi manjang takde duit!"
.
Setiap kali nak mohon dana/geran dari mana-mana jabatan, pasti gagal kerana tiada rekod untuk ditunjukkan.
.
Saya pernah membeli beberapa sistem perekodan berharga ribuan ringgit tapi tidak dapat  digunakan dengan sebaiknya kerana ia tidak sesuai dengan bidang perniagaan. Ia perlu dib
eli kerana saya sangat sedar bahawa sistem perekodan itu sangat PENTING bagi sesebuah perniagaan yang ingin berdaya maju.
.
3 sebab utama ke semua sistem yang dibeli tersebut tidak dapat digunakan dengan baik:


  1. Sistem terlalu kecil sedangkan terdapat ratusan SKU yang perlu dimasukkan.  
  2. Perlu menggunakan komputer setiap kali ingin menggunakan sistem tetapi disebabkan kami sering berada di luar kawasan kerana menyertai booth, maka ia tidak dapat digunakan dengan sempurna.   
  3. Sistem terlalu besar dan ia hanya sesuai digunakan oleh syarikat besar seperti CELCOM dan TELEKOM. Sistem ini pula fokus kepada HRM sedangkan kami tidak menggunakannya berikutan jumlah pekerja yang kecil. .
Masalah ini sebenarnya bukan hanya berlaku di kalangan usahawan kecil dan baru saja. Malah syarikat besar dan bertaraf antarabangsa turut menghadapi masalah yang sama. Kisah benar ini berdasarkan pengalaman saya sendiri sewaktu bertugas sebagai System Administrator yang perlu menguruskan Ticketing System, POS dan ACC System.
.
Ini adalah kerana, sistem sedia ada di pasaran tidak mampu menghasilkan sesuatu yang memenuhi keperluan dan kehendak syarikat kita sendiri. Setiap syarikat adalah unik. Proses menghasilkan sebuah sistem yang lengkap akan mengambil masa yang panjang berbanding menggunakan sistem yang sedia ada di pasaran. 

.
Ada yang ingin nak cubaguna sebuah sistem perekodan yang ringkas, mudah dan boleh digunakan di merata tempat tanpa perlu menggunakan komputer? Jangan segan-segan untuk hubungi kami.


E39-44: 5 Sebab anda perlu teroka laman perdagangan elektronik

Teks: Nor Azian Binti Jamil
Gambar: Google dan Koleksi Peribadi
azian@draz.my






Minggu lepas, saya menerima surat makluman penutupan sebuah laman perdagangan elektronik. Saya telah menggunakan medium dari penyedia ini sejak 2015. Sayang sungguh kerana umurnya tidak panjang di pasaran. 
Agak sedih akan kehilangannya namun perjuangan masih perlu diteruskan. Lumrah kehidupan, setiap yang hidup pasti akan mati pada suatu hari nanti. Tiada yang kekal dan sempurna.





Perdagangan elektronik adalah di antara medium jualan yang telah menjadi pilihan peniaga di Malaysia sejak beberapa tahun yang lalu. Kalau dahulu ia dipelopori oleh penyedia luar negara seperti Amazon dan AliBaba, namun kini sudah banyak terdapat di negara kita dengan pelbagai tawaran yang menarik.

Ada yang perlu membayar yuran tahunan dan ada yang tidak. Ada juga yang perlu menyimpan stok peniaga di gudang mereka dan ada yang hanya mengambil tempahan dan menyerahkan tugas penyimpanan stok kepada peniaga berdaftar.

Namun kini kebanyakan syarikat menawarkan keahlian percuma dan hanya mengambil sedikit peratusan keuntungan dari hasil jualan. Selain itu, ada juga yang menawarkan kos pengeposan/penghantaran secara percuma bagi menarik minat para pembeli.

5 sebab mengapa anda perlu menggunakan medium laman perdagangan elektronik:


  1. Cepat - Tidak perlu bina laman sesawang sendiri
  2. Mudah - Boleh menawarkan lebih daripada 50 produk di dalam satu masa
  3. Jimat - Leverage kos pemasaran kepada syarikat penyedia
  4. Close Sale yang lancar - proses jual beli menjadi sangat mudah tanpa perlu menguruskan permintaan pelanggan kerana ia dilaksanakan dengan menggunakan sistem transaksi yang lengkap
  5. Capaian mudah menggunakan laman sesawang atau aplikasi telefon pintar

Namun begitu, terdapat 3 kelemahan utama yang kita perlu dihadapi:

  1. Yuran atau potongan peratusan jualan yang tinggi 
  2. Syarikat tidak melaksanakan proses pemasaran dengan baik
  3. Penerimaan bayaran daripada jualan yang lambat
Setiap medium pilihan mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Usah jadikan ia penghalang ke arah kejayaan di masa depan.














E38-44: Berniaga Kerana Untung atau Minat?

Teks: Nor Azian Binti Jamil
Gambar: Google
azian@draz.my









[ The BIG Question Mark ]
 NAJ: "Mr Sam. In business, which one we should follow? We do business because it is our passion? Or we do business that we don't like/don't have passion in it, but high demands?"
Mr Sam: "We are doing business because our focus is in whattttt?

All: "... to gain PROFITTTTTTT...."
------------------------------------------------------------------------------------.

Apa tujuan kita memulakan sesuatu perniagaan?
Nak tolong keluarga?
Nak bebas dari makan gaji dengan orang lain?

Ramai yang pandai menjual tetapi tidak ramai yang pandai berniaga.

Ada yang berniaga ikut-ikutan. Tengok kawan jual nasi lemak, dia pun nak jual nasi lemak.
Ada yang berniaga kerana terpaksa sebab tak ada pilihan lain dah. 

Ada yang berniaga kerana ingin mencuba-cuba saja. Main-main katanya. Sayalah tu sewaktu menjawab soalah temuramah oleh wartawan untuk paparan Usahawan Wanita di akhbar sekitar tahun 2008.

Aduh! Mengenang kembali waktu itu malu sungguh rasanya. 
Ya! Saya tiada halatuju waktu itu. Berniaga kerana suka-suka kerana membesar sebagai peniaga.

Sebenarnya, bukan mudah untuk menguruskan dan mengembangkan sesebuah perniagaan. Ramai yang kecundang di tengah jalan. Bukan tidak ada ilmu. Malah ada ijazah bertingkat-tingkat. 

Kita perlukan visi bagi memperoleh kuntungan di dalam perniagaan sekiranya ingin terus berkembang maju. Keuntungan yang diperolehi inilah yang dapat menguruskan semua modal dan kos yang kita gunakan sepanjang masa.




=======
Thank you Mr Sam. I FINALLY understand my so called 'BIG why'.  

Tuesday, March 21, 2017

E37-44: Strategi Bisnes Murah



Teks: Nor Azian Binti Jamil
Gambar: Google
azian@draz.my



.




Dr Jerome berpesan kepada saya, strategi perniagaan MURAH tidak akan dapat membina KESETIAAN PELANGGAN (Customer Loyalty) terhadap kita.

Pesan beliau lagi "DON'T mess up your strategy"

Sebagai usahawan, jangan jadikan diri kita dan perniagaan kita - NAMPAK Murah - di mata pasaran.

Kerana murah ini TIDAK DIHARGAI oleh pelanggan.

Lihat saja negara China. Negara yang dikenali sebagai pengeluar produk murah dan produk berjenama tiruan. Apa saja yang datang dari negara tersebut secara automatik disebut sebagai produk yang kurang berkualiti dek kemurahannya yang terlampau. 

Pelanggan tidak mahu membayar lebih dan kita akan menjadi sukar untuk menaikkan harga di masa akan datang meskipun kos kehidupan semakin meningkat.

Bayangkan, di saat serba serbi kos meningkat: gula, minyak petrol/diesel, ikan kembung, tol, elektrik dan banyak lagi, anda tidak boleh menaikkan harga kerana nilai produk yang dijual sudah hilang harga dirinya.


Kita tidak mampu mengembangkan bisnes, kekal berniaga dari rumah, tiada pekerja dan tidak mampu membayar gaji sendiri. Tanpa sedar sebenarnya modal perniagaan sentiasa bergantung harap menunggu gaji suami atau gaji bekerja dengan syarikat lain.

Fikir-fikirkan strategi bisnes anda!





.

Saturday, March 18, 2017

E36-44: Persaingan



Teks: Nor Azian Binti Jamil
Gambar: Google
azian@draz.my






Persaingan itu sesuatu yang sihat.

Ia membina jati diri dan semangat untuk mencapai visi dan melaksanakan misi.

Namun begitu, ia menjadi kurang sihat dan kurang ajar apabila kita sebagai usahawan sering mencari kelemahan dan salah silap pesaing sedangkan diri sendiri meniru apa yang pesaing lakukan.

Bak kata pepatah, meludah naik ke langit, jeliknya menimpa muka sendiri.
Menepuk air di dulang, limbahnya memercik muka sendiri.

Sepanjang penglibatan saya di dalam bidang ini, banyak pengalaman pahit manis yang saya tempuhi terutamanya melibatkan pesaing.

Ada pesaing yang meniru apa yang kita buat/jual. Bukan setakat itu saja, malah meniru bulat-bulat teknik pemasaran yang dilakukan tanpa melakukan sebarang penambahbaikan.

Ada pesaing yang menjual harga murah dari pasaran. Masalah ini akan sentiasa berlaku namun ada cara yang lebih berbaloi untuk mengatasinya selain hanya mengutuk, mencaci dan memaki hamun.

Paling buruk, ada pesaing yang datang dari kalangan pembekal sendiri. Jika kita menjadi stokis sesuatu produk, ia menjadi masalah besar sekiranya pembekal yang kita harapkan mula berpaling tadah. Mereka mula buang harga dan ada yang membuat pelbagai cara untuk mencari salah silap stokis mereka.


Mengapa perlu takut dengan pesaing?

Jom! Pelajari cara untuk bekerja bersama dengan pesaing.











E35-44: SOP bukan Sup ye!


Teks: Nor Azian Binti Jamil
Gambar: Google
azian@draz.my





[ SOP EVENT ]

1. Kenalpasti segmen pelanggan

2. Jika (1) dikenalpasti, asingkan persona

3. Else, sediakan pangkalan data

4. Ulang semula (2)

5. Tamat

=====
Semasa zaman belajar di UUM dulu, setiap hari perlu buat latihan Proses Carta Alir. Ini berikutan sistem komputer hanya tahu mengikut arahan berdasarkan ketetapan yang telah kita sendiri tentukan.

Sebenarnya, Proses Carta Alir ini juga sangat berguna di dalam kehidupan kita sebagai usahawan. Selain boleh dibina sebagai satu dokumentasi SOP,  ia turut membantu kita melihat secara jelas tentang aktiviti dan tugasan yang perlu dibuat bagi mendapatkan hasil yang diingini.

Pastinya kita tidak pernah terfikir untuk menampalkannya di dinding bukan?

Proses ini juga bukan sahaja dapat membantu kita, malah ia dapat dipindah milik kepada orang bawahan kita ke arah perkembangan perniagaan yang sihat dengan proses pelaksanaan yang teratur. 

Apa kata kita cuba? Kalau tak tahu, jangan segan untuk bertanya ya!



E34-44: 7 Tip Berjimat



Teks: Nor Azian Binti Jamil
Gambar: Google
azian@draz.my










Saya gemar membaca majalah IK. Isinya ringkas dan mudah disesuaikan dengan kehidupan.

Sewaktu berada di lobi wad kecemasan jam 2:30 pagi, sambil menunggu dengan mata yang hampir rapat, saya mengambil peluang membaca majalah IK yang dijadikan peneman di saat penantian.

Untuk Isu kali ini, IK berkongsi 7 tip berjimat dalam ekonomi sekarang. Tip yang dikongsikan beliau dapat membantu kita mengecapi hidup yang lebih tenang dan selesa.


Tip no 6 buat saya termenung seketika:
  1. Katakan TIDAK kepada e-rokok
    • Merokok bukan sahaja membahayakan kesihatan kita dan keluarga, malah turut mengosongkan poket. Bayangkan sekiranya duit yang dibelanjakan untuk rokok itu disimpan, pastinya dapat memberikan keuntungan di masa depan.
  2. Potong Kad Kredit
    • Simpanan pelaburan (keuntungan <10%) yang kita lakukan tidak akan bertambah sekiranya wang kita bocor akibat pembayaran caj kad kredit (lingkungan 18%) yang kita tidak nampak.
  3. Jaga Emosi Ketika Berbelanja
    • 90% keputusan belian adalah dibuat berdasarkan emosi. Jadi, Emosi yang tidak stabil akan mengakibatkan kita berbelanja barang yang tidak diperlukan seterusnya melakukan pembaziran.
  4. Pelajari 1 Topik Kewangan
    • Kita tidak perlu menjadi pakar. Latih diri untuk mengetahui selok belok pengurusan kewangan peribadi serta meningkatkan pendapatan melalui pelaburan mahupun perniagaan.
  5. Amalkan Hutang Yang Bagus
    • Contoh: Membeli rumah, memulakan perniagaan atau menuntut ilmu
  6. Membaca selama 30 minit
    • Membaca buku boleh menambah kepakaran anda di dalam sesuatu bidang. Namun begitu, ia tertakluk kepada jenis buku yang dibaca juga.
  7. Cari kawan baru
    • Dapatkan kawan yang bijak tentang pengendalian wang, secara tidak langsung pasti anda akan terikut-ikut untuk menjadi bijak sepertinya. Bak kata pepatah, 

Kalau berkawan dengan penjual minyak wangi..

Kita akan dapat bau harumnya
Kalau berkawan dengan tukang besi...
Kita akan dapat tempias panas besinya
Nah! Jangan baca saja tips yang dikongsikan oleh IK ini. Kita mestilah mempraktikkannya bagi mendapatkan hasil yang diidamkan.


E33-44: Rakan kongsi


Teks: Nor Azian Binti Jamil
Gambar: Koleksi Peribadi
azian@draz.my








"Jangan lantik share partner semata2 sebab dia nak bagi duit. 
Pastikan ada KPI minima 6 bulan." 
 
Jemizan Abu Bakar. MAPAC, UM







Buat perjanjian awalan untuk tempoh 6 bulan dahulu. Elakkan menjadi rakan kongsi seumur hidup.


Ramai yang menjangkakan bahawa sebagai rakan kongsi yang memberikan duit, maka dia akan dapat banyak daripada keuntungan yang dibuat.


Hakikat sebenar, pembahagian % adalah selepas segala kos dikira. 

Sebab itulah perjanjian amat dititikberatkan bagi menentukan tahap campur tangan dan pembahagian keuntungan sesebuah perusahaan. 
 


E32-44: Database VS Pesaing Anda


Teks: Nor Azian Binti Jamil
Gambar: Google
azian@draz.my





Zaman universiti dahulu, Database Management ialah subjek kegemaran saya. Selepas graduasi, saya pula menjadi tenaga pengajar untuk Database Programming menggunakan Ms Access dan Visual Basic untuk pelbagai jabatan kerajaan. Kedua programming language ini sememangnya sangat HEBAT! 

Istimewanya, pengurusan pangkalan data (Database) masa kini tidak serumit dahulu.

Kalau dahulu kita perlu mahir beberapa bahasa pengaturcaraan di antaranya seperti MySQL. Namun kini ia semakin mudah dengan kewujudan pelbagai aplikasi web, aplikasi telefon pintar, CRM dan pengekodan HTML yang ringkas dan mudah difahami.

Paling istimewa sudah terdapat fungsi awan (cloud) yang memudahkan ia dicapai dari mana saja kita berada.

Pengguna juga tidak perlu lagi menggunakan pelayan (server) khas mahupun sebuah komputer. Cukup dengan telefon pintar yang mempunyai capaian internet, pengguna boleh melaksanakan tugasan capaian pangkalan data dengan pantas dan mudah.

Pangkalan data pelanggan sangat penting bagi sesebuah syarikat. Ia digunakan dari sekitar tahun 1930an sehinggalah sekarang.

Bagi usahawan yang baru berjinak dalam perniagaan, anda boleh memilih untuk menggunakan sistem/aplikasi pangkalan data secara percuma mahupun yang berbayar.

Database adalah jawapan kepada mereka yang ada masalah dengan pesaing yang suka ganggu kehidupan bisnes anda!

Selamat bereksplorasi!

E31-44: FB Likes yang krik krik...


Teks: Nor Azian Binti Jamil
Gambar: Koleksi Peribadi
azian@draz.my













=====
Pengadu: "Saya ada 20K Likes di FB. Tapi... sale... kelautttt...."

Saya: ...Krik krik krik krik...
=====

Sepanjang mengikuti sesi pembelajaran bersama Dr Frank yang berasal dari Jerman ini, beliau banyak memfokuskan kepada laman sesawang terutamanya mengenai Web Persona, manakala Dr Jerome dari Perancis pula memberikan penegasan tentang kepentingan Database.

Jangan membuang masa pungut FB Likes semata-mata. Tukarkan Likes mereka kepada Database.


Ada pulak yang tanya saya, database tu macamana?

Haa... yang ni kena bukak buku dan berguru.