Sunday, August 11, 2019

Resepi Kimchi Ringkas & Sedap

The making - Tongbaechu kimchii

Langkah demi langkah

Sediakan bahan-bahan asas.


Bahan-bahan Tong-baechu Kimchii:

2kg Napa Cabbage
½ cawan Garam Bukit (sedap guna ni, kalau garam biasa kureng sikit rasanya)

Bahan pati:

2 cawan air
2 sb tepung beras
2 sb gula perang (kalau takde boleh guna gula putih)

Bahan iringan-Sayuran:

2 cawan hirisan lobak putih
1 cawan hirisan lobak merah
7 - 8 tangkai daun bawang, hiris kecil
1 cawan kucai (jika ada, jika tiada kena gantikan dgn daun bawang
1 cawan water dropwort (minari), jika ada

Bahan perasa/perencah (blend kering):

½ cawan bawang putih
2 st halia
1-2 biji bawang besar saiz sederhana
½ cawan fish sauce
¼ cawan cencaluk
2 cawan serbuk lada

langkah seterusnya boleh lihat di sini http://www.maangchi.com/recipe/tongbaechu-kimchi




Bahan Utama: 2kg Napa Cabbage
Belah 4. Sapukan garam ke setiap lapisan daun kobis sehingga ke bahagian kepala kobis. Biarkan selama 2-4 jam dan balik-balikkan setiap 15-30 minit untuk memastikan garam menyeliputi setiap bahagian kobis. Pada masa ini, kobis akan mula berair. 
Selepas 2-4 jam, bilas dan perah sehingga air garam hilang. 

Sementara menanti kobis siap, sediakan bahan iringan dan bahan sos.


Bahan iringan: Daun bawang
Hirisan daun bawang. Sebaiknya hiris kecil2.


Bahan iringan: Lobak Merah
Hirisan lobak merah



Bahan iringan: Lobak putih.
Hirisan Lobak Putih


Langkah 1: Proses menyediakan bahan pati.

 Siapkan Bahan pati:

2 cawan air
2 sb tepung beras
2 gula perang (kalau takde boleh guna gula putih)

Cara:
Bancuh tepung dan air sampai rata.
Didihkan di atas api sederhana.
Selepas menggelegak masukkan gula.
Kacau sebentar hingga larut.
Matikan api.
Biarkan sejuk.

langkah seterusnya boleh lihat di sini http://www.maangchi.com/recipe/tongbaechu-kimchi


Hasil pati yang telah siap.

Ia agak likat tetapi akan menjadi cair setelah campuran lain dimasukkan




Langkah 2: Proses menyediakan bahan perasa

Bahan perasa/perencah (blend kering):

½ cawan bawang putih 
2 st halia
1-2 biji bawang besar saiz sederhana

Caranya:
Blend ketiga bahan sampai agak halus.

langkah seterusnya boleh lihat di sini http://www.maangchi.com/recipe/tongbaechu-kimchi


Hasil bahan perasa yang telah di blender kering tadi. 

Bahan blender dimasukkan ke dalam bekas yang besar.




Langkah 3: Mencampurkan bahan blender kering bersama perasa.

Masukkan Bahan Pati diikuti 1/2 cawan fish sauce.



Langkah 4: Mencampurkan bahan blender kering bersama perasa pilihan.

Masukkan 1/4 cawan cencaluk



Langkah 4: Mencampurkan bahan yang telah lengkap bersama bahan utama yang menyempurnakan sos bagi kimchi ini. 

Masukkan 2 cawan serbuk lada. Saya gunakan Baba's saja.
Kalau tak suka pedas, cukup dengan 1 cawan saja.
 

Langkah 5: Gaulkan ke semua bahan tadi sehingga rata.

Inilah hasilnya selepas digaul.


Langkah 6: Campurkan dengan semua sayuran yang dihiris.

Masukkan ke semua sayuran tadi. Gaul hingga rata.
Inilah hasilnya!!!

Semua bahan paste yang telah digaul tadi.

Rasakan jika nak tau sedap ke tak.

Sementara tunggu Napa Cabbage siap untuk disapu.

Sapukan bahan paste ini ke setiap lapisan Napa Cabbage sehingga habis. Kemudian masukkan dalam bekas dan simpan. Siap untuk dinikmati. Krupp krappp. Enak tak terkata. Berkhasiat untuk sistem penghadaman terutama bagi mereka yang susah nak membuang setiap hari.



FINAL TOUCH - Teknik sapuan kepada Napa Cabbage yang siap digaram

Napa cabbage yang telah dilumurkan dengan garam setiap lapisan daunnya itu selama 2-4 jam tadi. Nampak tak? Dah kecut... 

Cuci dengan air.

Tapis atau keringkan seketika.


FINAL TOUCH - 




Lumurkan paste yang telah dibuat tadi ke setiap lapisan daun Napa cabbage.

Kalau tak nak tangan pijar, sila gunakan sarung tangan plastik semasa melakukan kerja ini.


RESULT - Tong-Baechu Kimchii 

Inilah hasilnya!!!

Siap.. lipat sikit. Susun cantik cantik dalam bekas.
Kalau ada tempayan naga, boleh letak.

Tapi saya takde. So saya susun dalam bekas ni elok-elok dan masukkan dalam peti sejuk.

Esok dah boleh makan. Nanti saya akan pindahkan ke dalam bekas yang lebih kecil. Dah malam ni tak larat nak buat dah.