Showing posts with label Content Marketing. Show all posts
Showing posts with label Content Marketing. Show all posts

Wednesday, March 15, 2017

E22-44: 3 Masalah menghasilkan bahan penulisan untuk pemasaran

Teks: Nor Azian Binti Jamil
Gambar: Google
azian@draz.my

.

Orang berniaga zaman sekarang banyak menggunakan medium online untuk media pemasaran mereka. Tak kisahlah samada percuma mahupun berbayar, bahan untuk pemasaran perlu dihasilkan bagi memberi impak yang dikehendaki.

Setiap hari perlu melakukan aktiviti mengemaskini status di Facebook, Instagram, Twitter, Google+, Email, Whatsapp, Telegram, WeChat dan macam-macam lagilah.
.
3 masalah utama menghasilkan bahan penulisan untuk pemasaran ialah:

  1. HILANG Idea: Idea adalah faktor utama di dalam pemasaran bahan. Ia melibatkan kajian dan pemerhatian terhadap sesuatu isu yang ingin disampaikan.
  2. TAK TAHU nak tulis apa: Idea dah ada tapi tak tahu nak tulis macamana. 
  3. TAK PANDAI guna ayat yang baik dan betul: Maklumlah, dah puluhan tahun meninggalkan alam persekolahan.

Jangan buang masa anda yang berharga. Sebagai seorang usahawan, leverage kan tugasan penulisan kepada orang lain.

"Leverage is the reason some people become rich, and others do not become rich" Robert T. Kiyosaki

Monday, March 13, 2017

E21-44: Pentingnya pemasaran bahan


Teks: Nor Azian Binti Jamil
Gambar: Google
azian@draz.my




Pemasaran Bahan banyak digunakan oleh syarikat besar.
.
Mengapa?

  • Ia sangat membantu mewujudkan komuniti 'Fans' bagi sesuatu jenama untuk satu jangkamasa yang panjang. 

.
Hasil kajian membuktikan:

  • .82% pelanggan/bakal pelanggan suka membaca konten daripada jenama yang dipercayainya.

.
Nak tahu apakah yang sering MILO kongsikan sehinggakan anda perlu membelinya setiap bulan?

E20-44: Idea Story Telling 20-1


Teks: Nor Azian Binti Jamil
Gambar: Google & Koleksi Peribadi
azian@draz.my

Siapa kata menulis ini mudah?
Katanya, idea dan tulisan keluar mencurah-curah dari celahan taipan jemari halus.

Adalah sukar menghasilkan banyak artikel untuk blog dalam sehari. Kebiasaannya kita akan ketandusan idea kerana ia sudah diluahkan dalam coretan terawal.
.
Sedikit pesanan daripada  Todd Wheatland, Vice President of Thought Leadership.
"Hasilkan 20 konten daripada sebuah story telling"
.
Oleh itu, sekiranya anda ketandusan idea, cuba bina 20 konten daripada 1 topik yang ingin disampaikan.
.
Selamat mencuba!

E18-44: Web persona

Teks: Nor Azian Binti Jamil
Gambar: Google & Koleksi Peribadi
azian@draz.my
.

Setiap konten yang ingin dihasilkan hendaklah sentiasa membayangkan bagaimana membentuk persona bagi setiap saluran yang di pilih. Di antaranya Facebook, Instagram, WeChat, WhatsApp dan YouTube,
.
Ia bertujuan agar bahan yang dihasilkan mengenai tepat ke sasarannya.
.
Ingin tahu apakah Persona Audien anda?
..
Teruskan bersama kami.


E17-44: 3 Idea Mudah Pemasaran Konten

Teks: Nor Azian Binti Jamil
Gambar: Google & Koleksi Peribadi
azian@draz.my



Bagi anda yang tidak mempunyai kemahiran di dalam menghasilkan sesebuah konten pemasaran, gunakan formula 4-1-1 bagi membantu anda menghasilkan idea pemasaran bagi media sosial:

  1. Sediakan 4 bahan untuk audien sasaran
  2. Sediakan 1 bahan berkaitan pendidikan (contoh: tutorial dan nota) 
  3. Untuk tujuan Close Sale, sediakan 1 bahan khas berkenaan jualan

.
Anda ingin kami bantu?
.
Semoga ia membantu menajamkan pemahaman anda.
.
Hubungi kami jika ada persoalan yang terlintas di fikiran.


.

E16-44: Penat Menjual?

Teks: Nor Azian Binti Jamil
Gambar: Google 
azian@draz.my

.
BAYANGKAN:
Setiap hari anda harus melaungkan,
"Saya jual produk ABC"
"Mari Beli produk ABC dari saya"
.
Bagi pelanggan yang tidak memerlukan produk ABC, mereka hanya akan berlalu pergi.
.
Namun begitu, melalui pendekatan teknik pemasaran bahan, pelanggan yang tidak memerlukan produk ABC, lama-kelamaan akan membeli produk ABC kerana dipengaruhi dengan nilai yang terdapat di dalam perkongsian pemasaran. Berbeza dengan teknik pemasaran secara tradisional yang menekankan untuk menjual produk semata-mata.
.
Adakah perkhidmatan mahupun produk anda sudah memiliki kuasa dan daya tarikan tanpa anda perlu menjualnya?
.


Friday, March 10, 2017

E13-44: Sesungguhnya Mata Pena Itu Lebih Tajam Daripada Mata Pedang

Teks: Nor Azian Binti Jamil
Gambar: Koleksi Peribadi
azian@draz.my


Sepanjang penglibatan sebagai penulis bahan, pelbagai ragam dan permintaan yang adakalanya membuatkan saya berbelah bahagi di antara keutamaan wang dan erti kemanusiaan.

Pernah saya menerima satu tawaran menulis tentang artis idola Korea. Pelanggan yang berpangkalan di UK ini menguruskan satu laman sesawang yang menceritakan tentang peribadi dan kehidupan idola K-Pop kesayangan dunia.

Pada tugasan pertama, mereka hanya mahukan saya menulis tentang maklumat peribadi, sejarah kehidupan, karier dan kerjaya. Namun dek kegilaan peminat yang gilakan cerita peribadi artis kesayangan mereka, saya kemudian di minta untuk turut mencari dan menulis berita gosip yang boleh menghangatkan suasana agar laman sesawang mereka menjadi tumpuan.

Sekali itu sajalah saya menerima tugasan tersebut.

Ya! Meskipun upahnya menarik selain portfolio yang membanggakan, saya sering terfikirkan tentang apakah hasil tulisan saya ini bakal memusnahkan kehidupan seseorang. Tidak dinafikan kehidupan artis sangat menjadi tumpuan, namun saya tidak mampu untuk menjadi seorang penyebar gosip yang tidak boleh disahkan samada ia berita benar mahupun palsu. Jika ia benar sekalipun, saya berasa sangat malu untuk mewar-warkan kisah buruk seseorang ke mata orang lain.  

Kita mempunyai tanggungjawab besar terhadap setiap apa yang kita tulis. 
Ia satu tugas berat yang tidak akan lari dari ditanya di padang Mahsyar kelak. 
Semoga Allah tetapkan iman saya untuk berada di landasan yang benar.