Showing posts with label copywriting. Show all posts
Showing posts with label copywriting. Show all posts

Thursday, March 9, 2017

E10-44: Menangani Masalah Pelanggan Yang Berkira

Teks: Nor Azian Binti Jamil
Gambar: Koleksi Peribadi
azian@draz.my










Anda seorang peniaga/usahawan Online?

Pernah hadapi masalah Pelanggan Yang Berkira?

Puan K ini saya kenal sejak tahun 1987. Beliau merupakan seorang usahawan muda yang cekal dan sangat rajin berniaga secara Online mahupun Offline untuk pelbagai jenis produk.

Ini adalah sebahagian daripada masalah yang sering dihadapi dan ditempuhi. Bukan hanya oleh Puan K seorang tetapi ramai lagi usahawan termasuk saya sendiri.

Bagaimana untuk kita menghadapi masalah ini?

Sebelum itu, mari kita buat bedah siasat.

Masalah: 

  1. Pelanggan berkira tentang duit pos sebanyak RM2 yang telah dimasukkan ke dalam bank dan minta ditolak untuk kos pos akan datang. 
  2. Puan K tidak berpuas hati kerana sebelum ini, pelanggan sering membuat bayaran yang tidak cukup dan beliau tidak pernah meminta kepada pelanggan untuk membayarnya.


Masalah ini bukanlah masalah yang besar tetapi akibat terlalu memendam perasaan, ia membara di dalam jiwa dan menjadi semakin membesar. Oleh itu, apabila bara yang disimpan terlalu lama, maka ia bertukar menjadi api.

Tahukah anda, ia tidak sepatutnya dijadikan penyakit hati?

Apa itu penyakit hati?
Penyakit hati ialah apabila kita suka memendam perasaan sakit hati terhadap seseorang atau sesuatu peristiwa tanpa kita sedari. Ia merupakan penyakit yang boleh membawa kepada penyakit fizikal seperti kanser, ketumbuhan, demam berpanjangan, batuk yang tidak sembuh, penyakit yang tidak diketahui jawapannya oleh para doktor sehingga ada yang terus menyatakan ia sebagai penyakit buatan orang seperti sihir dan santau.

Masalah Puan K ini perlu diatasi daripada peringkat awal. Iaitu semasa memulakan perniagaan. Selain itu, sebagai usahawan, kita juga perlu bersikap telus dalam setiap urusan.

Cara mengatasi masalah ini:
  1. Elakkan menjual dengan harga yang terlampau murah. Ini adalah kerana:
    • kos kehidupan semakin meningkat. Peniaga yang menjual dengan harga murah tidak boleh berkembang dan tidak dapat bertahan lama. Peniaga mudah tutup kedai berikutan kenaikan kos.
    • produk jadi tidak bernilai. 
    • merosakkan pasaran. 
  2. Telus: Nyatakan secara jelas perbezaan harga seperti berikut
    • Harga Produk A RM100 + 6% gst + kos pos = RM113 (sem msia) RM119 (sbh swk)
  3. Telus: Jika ingin memberikan diskaun, nyatakan dengan jelas supaya pelanggan faham dan tersimpan di dalam memorinya
    • "Harga Produk (rujuk item no 2 di atas). Jika Puan buat bayaran sebelum jam 5 ptg hari ni, kami berikan special discount, Puan hanya perlu bayar RM110 saja."
  4. Harapan: Peniaga tidak boleh meletak harapan tinggi dengan mengandaikan pelanggan akan faham jika kita tidak pernah memberitahu mereka. 
    • Contoh: Bulan lepas saya dah bagi free pos, Harap-harap nanti pelanggan faham-faham sendiri la kena tambah duit pos. Sedangkan hakikat sebenar kita sebagai peniaga tidak pernah memaklumkan kepada pelanggan bahawa ia tidak cukup.
    • Bak kata Ahmad Nisfu sewaktu mengarahkan P.Ramlee berlakon di dalam cerita Seniman Bujang Lapok, "Cakappp!!!! Cakapppp!!! Kenapa kau tak cakapppp!!!!"
  5. Tawakkal: Apabila menerima pesanan daripada pelanggan yang inginkan kembali duit RM2 mereka, berikan saja. Doakan yang baik-baik untuk pelanggan. Juga doakan untuk diri sendiri minta pada Yang Maha Kaya agar diberikan rezeki yang melimpah ruah. Perlu diingat, rezeki bukan di tangan pelanggan. Rezeki di tangan Allah. Rezeki juga bukan semata-mata bersifat wang. Tetapi rezeki ada dalam pelbagai bentuk. Tubuh badan yang sihat. Anak-anak yang sempurna akhlaknya. Suami/Isteri/Pasangan yang sangat rajin menolong. Kenderaan yang tidak pernah memberikan masalah.
  6. Nikmati Sedekah: Jadikan sedekah sebagai amalan harian. Sedekah perlu ikhlas dan tidak perlulah dikenangkan lagi. 
Demikianlah gabungan serba sedikit perkongsian dari ilmu copywriting dan NLP yang saya pelajari. Ia sangat membantu saya di dalam menjalani kehidupan sebagai seorang usahawan. Semoga ia juga dapat memberikan idea buat Puan K dan anda yang menghadapi masalah yang sama.

Selamat mencuba. 



E8-44: Dimanakah kedudukan Copywriting?

Teks: Nor Azian Binti Jamil
Gambar: Koleksi Peribadi
azian@draz.my




Sebab apa kita beli yang ni?

Ada 4 proses saringan yang terlibat sebelum ia dibeli:
1. D______
2. P________
3. C__________
4. P____

Kajian Kes: Pembelian Tanpa Dirancang (Impulsive Buyer)

Penafian: Kajian ini tidak mewakili semua niche produk mahupun perkhidmatan. Tetapi ia masih sangat berkaitan. Oleh itu, kajian terhadap produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan perlulah dilakukan.

Kejadian ini berlaku sewaktu saya sedang menanti kelas bermula. Saya memasuki sebuah kedai runcit untuk membeli sarapan pagi. Di minda telah tercatat untuk membeli roti sahaja kerana bekalan air minum saya sentiasa bawa. Wang untuk perbelanjaan tersebut memang disediakan cukup-cukup bagi mengelakkan pembelian tanpa rancang.

Namun begitu, saya gagal untuk mengelak daripada membeli produk ini meskipun saya sudah nampak ia di dalam peti penyejuk di sudut kedai.

Berikut adalah perkara yang telah menyebabkan pembelian tanpa dirancang berlaku dengan jayanya:


  1. DISPLAY/Venue/Location (Tempat Pameran/Paparan) - Kedudukan produk ni di kawasan yang mudah dilihat iaitu di kaunter utama. Sebab tu bakal pelanggan boleh nampak sewaktu proses mengeluarkan wang dari dompet. Sedangkan produk ini juga ada di dalam peti penyejuk yang agak terlindung kerana terdapat pesaing yang sama dengannya. 
  2. PACKAGING (Pembungkusan) - Bekas pembungkusannya kecil dan comel. Nampak CUTE dan kita terus ada perasaan 'tiba-tiba' ingin memiliki. Kecil menyampaikan mesej harganya mampu milik tetapi ia tidak melambangkan sesuatu yang murah. 
  3. COPYWRITING (Ayat Iklan) - Ayat Iklannya jelas terpapar di kotak dengan tulisan yang mudah dibaca meskipun dari jarak jauh. Untuk mereka yang mencari jajan, pastinya inginkan sesuatu yang baik selain sedap. Minda telah dilatih bahawa minuman yogurt adalah bagus untuk usus. Ia telah dikukuhkan dengan ayat 'menggalakkan bakteria usus yang baik'. Ada 'vitamin C dan kalsium'. Gambar buah anggur juga melambangkan ia asli meskipun sebenarnya tiada tuntutan menyatakan ia asli. Hakikatnya ia dipenuhi pewarna, gula dan perasa. Logo Halal hanya berfungsi sebagai sokongan untuk langkah pembelian. Jika tiada pun, pelanggan akan tetap beli atau tak ambil kisah. 
  4. Langkah akhir ialah PRICE (Harga) - Pembeli Impulsif tidak pernah ambil peduli dengan harga kerana mereka yakin telah mendapat nilai di no 3. Langkah tapisan telah berjaya bermula dari 1-2-3. Hanya langkah akhir untuk mengeluarkan duit bagi memastikan proses jualan berlangsung.


Kesimpulannya untuk kes ini:
Copywriting jatuh no 3 kerana Packaging memainkan peranan utama di dalam proses saringan pembelian. Harga pula adalah langkah terakhir.
Ini tidak sama sekali memberi maksud satu-satu perkara tidak penting. Tetapi turutannya saja yang perlu diambil kira.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk kita semua.

Wednesday, March 8, 2017

E4-44: Hilang Fokus


Teks: Nor Azian Binti Jamil
Gambar: Google & koleksi peribadi
azian@draz.my




Alkisah....

Hari ini saya tertidur awal. Mungkin kepenatan brainstorming dengan 2 wanita besi di The Curve Damansara siang kelmarin. 


Lewat dinihari, baru saya membaca mesej dari rakan se#cw yang dihantar sekitar jam delapan malam.

Aduh! Maafkan saya sahabat.
Jam 3 pagi baru dapat membaca dan membalas mesej kamu.

Sahabat ini mohon bantuan saya untuk menyemak flyers yang bakal diedarkannya.

Apa yang dapat saya kongsikan, kita mudah terlari FOKUS. Saya juga begitu. Dahulunya sebelum berguru.

Berikut adalah panduan yang saya kongsikan bersama beliau tentang cara terbaik untuk menghasilkan sebuah flyers yang berkesan.


==============
HEADLINE + CONTENT
==============

(1) Tajuk = Headline
Tajuk yang diberikan terlalu umum
Katanya: Untuk SEMUA peminat coklat dan tit bits

ps: pesan guru saya yang sering menghantui... kita tak boleh jual coklat kat SEMUA 29 juta penduduk Malaysia

(2) Isi = Content
Tiada kaitan dengan tajuk langsung kerana cerita tentang pengedar

Mula-mula kat tajuk nak jual kat SEMUA peminat coklat
Tiba-tiba isinya pula nak cari pengedar?

==============
Masalah utama beliau kat sini, TIADA FOKUS
==============

Nak JUAL coklat ATAU nak CARI pengedar?

Cadangan saya kepada beliau untuk buat catatan berikut:

(1) jika nak JUAL coklat
>> nak jual kepada SIAPA?
>> mereka ni ada DI MANA?
>> MENGAPA mereka perlu beli dari kita?

(2) jika nak CARI pengedar
buat soalan yg sama
>> SIAPA mereka?
>> DI MANA mereka berada?
>> MENGAPA mereka perlu jadi pengedar kita?

Pilih SATU saja.

Saya doakan panduan ini juga dapat membantu serba sedikit anda yang sedang mencari FOKUS di dalam melaksanakan sesuatu.

Selamat Mencuba!!!