Saturday, March 18, 2017

E30-44: USP Bedak Arab


Teks: Nor Azian Binti Jamil
Gambar: Google
azian@draz.my





Saya telah terlibat di dalam bidang kecantikan sejak 2001. 
Bermula sebagai mekap artis kemudiannya saya dilantik pelbagai syarikat untuk menjadi stokis mereka. 
Macam tak percaya je apabila menerima panggilan dari luar negara bagi memaklumkan permohonan dan tawaran mereka.

Saya amat mementingkan kualiti produk yang dijual. Selain memastikan ia tidak mengandungi bahan yang dilarang, saya juga sentiasa berpesan kepada para pelanggan agar menggunakan sesuatu produk dengan cara yang sebaiknya.

Berikutan perasaan ingin tahu yang kuat, saya sanggup merantau bagi mendapat maklumat yang betul dan tepat. Sebelum ke Tanah Arab, saya berkampung di China terlebih dahulu.

Tidak dapat tidak, ramai yang sukakan produk solekan dari Tanah Arab kerana katanya halal. Sedangkan hakikatnya produk kecantikan yang berlambak di Dubai kebanyakan
 asal datangnya dari China dan Filipina. 

Nak tahu dari mana asalnya kena baca di setiap kotak atau bekas pembungkusan. 
Namun begitu, ada juga pembekal yang menukar kepada bekas baru sebaik sampai di Malaysia.

Nak mudah lagi lihat saja jenis kotak dan bekas yang digunakan. Nampak fragile dan bergaya murah.

USP yang digunakan sehingga membuatkan ramai wanita tergilakan produk solekan dari Dubai:
  • Stewardess banyak pakai
  • Dubai negara Islam
Tidak dinafikan Malaysia tiada keupayaan menghasilkan produk kecantikan yang berkualiti berikutan kekangan bahan mentah. Sebab itulah kebanyakan alat solek di import dari luar negara. 

E29-44: Proses Validasi TESCO


Teks: Nor Azian Binti Jamil
Gambar: Koleksi Peribadi
azian@draz.my





Nampak macam banyak kan?

TESCO ni bijak, dia bagi kita banyak tu, tapi dia dapat balik 2 kali ganda!


TESCO yg besar tu pun masih buat proses Validasi. Namun begitu, mereka tak buat membabi buta. 

Proses Validasi ditawarkan kepada pelanggan yang telah ada di dalam Database mereka. 

Anda ada Database?

Kita yg kecik semut ni takkan tak reti-reti nak tiru apa yang baik?

Database ini satu aset utama di dalam sesebuah perniagaan. Takkan lah sampai ke hujung nyawa asyik nak cari prospek kan?

Dengan Databaselah kita dapat menguasai pasaran, berada di tahap yang berlainan daripada pesaing yang suka main harga serta ulangan pembelian daripada pelanggan dengan pantas.

Tak tau nak buat Database?

Kalau tak tau kenalah rajin bertanya dan berguru.

E28-44: Kata Kunci Si Penjual Air Pasar Malam

Teks: Nor Azian Binti Jamil
Gambar: Google
azian@draz.my












======


"Eh! Awal balik hari ni?"
"Haah... cepat air habis terjual hari ini"

======

Abang jual air balang tersenyum manis. Ini hari ketiga beliau berjualan di pasar malam. 


Sudah 2 hari airnya sering tidak habis dan bakinya dibawa pulang penuh sebalang.

Kali ini beliau boleh menarik nafas lega. 

Sepanjang 2 hari airnya tidak laku, pelbagai cara beliau lakukan. 

Kali ni, kata kunci yang berjaya membuka pintu rezeki beliau ialah: WARNA


Atasi kegagalan dengan R&D dan SOP

Percubaan pertama kali yang gagal perlu diperbaiki melalui proses R&D.

Ia bertujuan mengenalpasti duduk perkara dan keperluan sesuatu tawaran produk/perkhidmatan.

Setelah mengenalpasti formulanya, bina dan wujudkan SOP agar ia menjadi satu tanda aras untuk kemajuan dan perkembangan aktiviti seterusnya.


Di dalam diri usahawan air balang, tiada makna "letak gula sesedap rasa". 
Gula pun ada SOP tau!

 

Friday, March 17, 2017

E27-44: Jual air di pasar malam


Teks: Nor Azian Binti Jamil
Gambar: Google
azian@draz.my









Jual air yang orang suka minum. 
BUKAN yang kita suka minum. 
Noktah.

Berniaga di pasar malam membantu kita untuk mendapatkan tunai setiap hari. Namun jika tidak pandai mengenalpasti segmen pelanggan, pasti bukan setakat tidak dapat membawa pulang wang tunai, malah terpaksa pula melakukan pembaziran dengan membuang semua air yang tidak habis dijual. 

Setiap orang mempunyai citarasa tersendiri. Selera juga tidak sama.

Jika ingin memenangi selera pembeli di pasar malam, kita perlu ketepikan lidah dan tekak kita. Utamakan kehendak pelanggan.


Thursday, March 16, 2017

E26-44: Rancangan Perniagaan - Ringkas dan Padat


Teks: Nor Azian Binti Jamil
Gambar: Koleksi Peribadi
azian@draz.my


Pentingkah Rancangan Perniagaan (RP) ini?

Mestilah Penting!

Jika kita ingin melihat perkembangan sesebuah perniagaan yang kita usahakan, sebaiknya sediakanlah satu Rancangan Perniagaan bagi melihat halatuju perniagaan kita.  

Namun begitu, setiap RP berbeza bergantung kepada apakah tujuan ia dihasilkan. 

Di antaranya:

  • memohon pinjaman/pembiayaan/tajaan
  • mencadangkan sesebuah projek/perniagaan baru
  • menaiktaraf sesebuah projek/perniagaan sedia ada


Bagaimana menghasilkan RP?

Tak perlu tulis panjang lebar. 

"Jadikan ia padat dan memberikan impak." 
Itu pesan guru saya, saudara Ezeehan Redza. 

Apakah perkara yang perlu ada di dalam RP?

Perkara utama yang perlu ada ialah:

  • Pengenalan
  • Misi
  • Visi
  • Perancangan ringkas (dalam bentuk graf/gambar)
  • Penutup

Kandungannya perlulah menjawab persoalan 5WH iaitu: Who, What, Why, How, When.

Kali terakhir saya menulis RP ialah ketika di universiti dahulu. Tidak pernah pula saya menghasilkan RP untuk perniagaan sendiri. 

Sejak mengikuti program bersama MyWin Academy, saya dilatih menguruskan perniagaan dengan lebih teratur dan bukan lagi tangkap muat macam dulu-dulu. 

Bukan saja dapat menghasilkan idea baru, malah saya dapat melihat perkembangan perniagaan sedia ada selain mampu membantu mendapatkan pembiayaan daripada pelbagai agensi dan orang perseorangan. 

Menarik bukan?




E25-44: Main-main Angka

Teks: Nor Azian Binti Jamil
Gambar: Google
azian@draz.my






Kita mudah terpengaruh dengan ANGKA dan gelaran di pangkal nama.
.

Suatu hari, saya menerima tempahan pembelian sebuah produk dengan jumlah yang besar dan inginkan dengan kadar segera. Tempahan ini dibuat oleh seorang Jutawan Hero Malaya yang kacak dan bergaya.

Hati berbunga-bunga. Maklumlah, keuntungannya sahaja sudah boleh memberikan kesenangan buat kami. Apatah lagi dijanjikan akan berlakunya ulang belian sekiranya projek pertama ini berjaya. Itu belum kira kalau kita dapat berposing bersama si jutawan sebagai satu portfolio yang ingin dibanggakan.

Namun begitu, beberapa terma yang diberikan membuatkan kami terfikir semula.
Kami perlu menyediakannya dengan kadar segera, tiada sebarang bayaran deposit dibuat serta terlalu banyak perubahan perlu dilakukan terhadap produk tersebut.

Wah, mentang-mentanglah si dia orang bergelar, mudah saja kita bersetuju membabi buta tanpa mengambil kira pro dan kontra nya ya!
.
Tidak salah untuk menerima tawaran tersebut tetapi kenali kekuatan diri terlebih dahulu. .

Belajar untuk merasionalkan setiap sesuatu.

Fikirkan.

Lakarkan.

Persoalkan.

Baru berikan jawapan.

Jangan mudah terpengaruh dengan ANGKA. 

E24-44: Seni Bertanya


Teks: Nor Azian Binti Jamil
Gambar: Google
azian@draz.my




Seni Bertanya ini tidak ramai yang mampu menguasai. 

Sebagai seorang usahawan, memastikan jualan terhasil amatlah penting. Namun begitu, ia tidak mungkin berlaku sekiranya kita bertanyakan soalan yang salah!

Sila rancang setiap soalan anda.

Cuba lihat perbezaan setiap soalan berikut. 


  1. Hi Christine, When can you create the milestone for me to start working on unit 3?
  2. Hi Christine, Can you create the milestone so that i can start working on unit 3?
  3. Salam, Jadi tak datang kedai harini?
  4. Salam, Jadi datang kedai pukul 3 petang harini?


Anda rasa, yang mana satukah berjaya memberikan pulangan besar?

------
#SeniCloseSale
------