Sunday, January 3, 2021

Bagaimana saya mula terjebak dengan pelaburan saham

 

Pelaburan saham adalah sesuatu yang asing dalam hidup saya. Saya terbuka hati untuk mengenali saham dan bagaimana untuk terlibat dengannya selepas menghadiri kursus anjuran Dr Azizan Osman sekitar Mac-Mei 2013. Seingat saya, kursus AMP (Advanced Marketing ???). Kami diperkenalkan dengan Tuan Haji Asri, selaku mentor saham. Sempat hadir beberapa siri kelas percuma bagi mengenali asas saham. Memandangkan kursus yang dianjurkan oleh Tuan Haji Asri agak mahal dan di luar kemampuan, maka suami saya berusaha mendapatkan kursus lain yang lebih murah. Maka, bermulalah langkah kami dengan bergurukan Cikgu Sabri Jalil.

Kami ke Johor mengikuti kelas selama satu hari di bulan Ramadhan. Belajar tentang teknikal dan strategi. Sempat beroleh keuntungan dan merekodkannya. Namun, kerosakan PC telah mengakibatkan banyak dokumen hilang termasuklah maklumat saham yang diuruskan. 



Saya telah mengalami kemurungan dalam hidup kerana terlalu banyak perkara berlaku dalam hidup. Kesibukan dengan kursus dan menguruskan perniagaan. Proses perpindahan dan pelbagai lagi. Akhirnya, saya tidak aktif dalam saham. Dek kerana ilmu yang tidak sentiasa di tambah baik, ini mengakibatkan performance saya dalam saham menurun. 

Alhamdulillah, setelah hampir 7 tahun berlalu, saya kembali bersemangat dengan nafas baru. Pada Disember 2020, saya mendaftar saham dengan Tuan Nizam Malek. Untuk menguasai ilmu Warrant. Ini berikutan saya telah menerima warrant bagi 2 syarikat induk. Ingin mengetahui bagaimana untuk menguasai ilmu warrant, Allah melorongkan saya untuk mendaftar. Saya dihadiahkan kelapangan masa untuk kembali melakukan aktiviti yang telah lama saya tinggalkan ini. Semoga 2021 memberi kegemilangan semula kepada saya dalam bidang pelaburan saham.

2021 saya bertekad untuk membuat keuntungan dalam saham dan pergi lebih jauh dengan adanya mentor dan memahami objektif pelaburan yang dirancang.



No comments:

Post a Comment