Wednesday, January 6, 2021

#1 My Warrant Journey 05.01.2021

Lagi 12 hari baru kelas akan bermula. Tak sabar rasanya.

Jumaat lepas dah buat bayaran baki untuk yuran penyertaan kelas  selama 3bulan+9bulan. Pejam mata je bayar. Habis sebulan gaji. Terpaksa la berpuasa mata dan hati sepanjang Januari ni.

Namun begitu, Tuan Nizam ni sangat helpful dan bersemangat. Setiap hari pasti ada gula-gula perkongsian daripada beliau. Secara tak langsung ia membantu saya untuk dapat mengingati semula apa yang dipelajari daripada Cikgu Sabri pada tahun 2013. 7 tahun dah berlalu tanpa pencapaian terbaik untuk saham kerana saya tak boleh fokus untuk buat. 

Paling istimewa, setiap hari Selasa jam 9:30 pagi, Tuan Nizam akan buat Review untuk peserta WSM. Review teknikal ini sangat saya nantikan kerana ia penting bagi membantu bagaimana nak mengkaji  dan memahami sesebuah kaunter warrant yang dipilih. Tengok tu. Kelas belum start pun beliau dah berkongsi macam-macam.

Sayangnya saya tak dapat nak ikuti kerana dalam waktu kerja. Walau hati melonjak gelisah, tapi saya tabahkan hati. Malam boleh study. Saya pujuk diri sendiri.

Kelas Review Teknikal yang pertama adalah pada 5 Jan 2021. Usai kerja, saya berkejar pulang ke rumah. Syukur harini berpeluang balik awal. Jam 8:30malam baru dibenarkan pulang. Sampai rumah jam 10:00malam. Tanpa membuang masa, saya ON PC dan mula study. Saya ikuti langkah demi langkah yang diajar. Alhamdulillah, boleh faham sikit-sikit. InsyaAllah kalau kelas bermula pada 17 Jan nanti, saya dah boleh recall dan fasih dengan terma yang disebut-sebut.

Sepanjang 2020, saya selalu berdoa dalam solat Taubat dan Hajat setiap solat 5 waktu agar Allah berikan kelapangan masa untuk saya lakukan hobi yang boleh menggembirakan kehidupan saya dan memberikan pendapatan tambahan. Impian saya sangat besar untuk tahun 2021 ni. Saya tekad untuk profit minima RM4k setiap bulan dalam warrant bagi Jan-Jun 2021 dan RM24k setiap bulan bagi Julai-Disember 2021. Doakan saya istiqomah ya! Aameenn.

Review Teknikal hari ini sangat mudah difahami. Kami mengkaji kaunter TOMYPAK. Saya terus lakukan analisa seperti yang Tuan Nizam ajarkan.

2 langkah asas perlu dilakukan:

  1. Fundamental Analysis
  2. Technical Analysis 
Tools dan apps yang digunakan ialah RHB Tradesmart dan KLSEScreener. Tuan Nizam ajar guna bahasa mudah. Senang saya nak ingat.
Ada banyak terma saham yang saya dah biasa dengar tapi masih belum faham maksudnya. Terutamanya bab candlestick, Reversal, Bullish, Bullish Divergence dan macam-macam lagi.

Tak pe, saya familiarkan terma dan cuba fahami berdikit-dikit. Allah kan dah janji, orang yang berusaha pasti akan berjaya. Jangan lupa berdoa.

Semoga Allah pandang usaha saya ini sebagai satu langkah untuk membantu keluarga dan kembali kepada keluarga.

2 perkara yang saya akan fokus tahun ini ialah Warrant dan Ghostwriting. Semoga usaha saya memberikan kebahagiaan yang saya impikan.


No comments:

Post a Comment