Thursday, March 9, 2017

E10-44: Menangani Masalah Pelanggan Yang Berkira

Teks: Nor Azian Binti Jamil
Gambar: Koleksi Peribadi
azian@draz.my










Anda seorang peniaga/usahawan Online?

Pernah hadapi masalah Pelanggan Yang Berkira?

Puan K ini saya kenal sejak tahun 1987. Beliau merupakan seorang usahawan muda yang cekal dan sangat rajin berniaga secara Online mahupun Offline untuk pelbagai jenis produk.

Ini adalah sebahagian daripada masalah yang sering dihadapi dan ditempuhi. Bukan hanya oleh Puan K seorang tetapi ramai lagi usahawan termasuk saya sendiri.

Bagaimana untuk kita menghadapi masalah ini?

Sebelum itu, mari kita buat bedah siasat.

Masalah: 

  1. Pelanggan berkira tentang duit pos sebanyak RM2 yang telah dimasukkan ke dalam bank dan minta ditolak untuk kos pos akan datang. 
  2. Puan K tidak berpuas hati kerana sebelum ini, pelanggan sering membuat bayaran yang tidak cukup dan beliau tidak pernah meminta kepada pelanggan untuk membayarnya.


Masalah ini bukanlah masalah yang besar tetapi akibat terlalu memendam perasaan, ia membara di dalam jiwa dan menjadi semakin membesar. Oleh itu, apabila bara yang disimpan terlalu lama, maka ia bertukar menjadi api.

Tahukah anda, ia tidak sepatutnya dijadikan penyakit hati?

Apa itu penyakit hati?
Penyakit hati ialah apabila kita suka memendam perasaan sakit hati terhadap seseorang atau sesuatu peristiwa tanpa kita sedari. Ia merupakan penyakit yang boleh membawa kepada penyakit fizikal seperti kanser, ketumbuhan, demam berpanjangan, batuk yang tidak sembuh, penyakit yang tidak diketahui jawapannya oleh para doktor sehingga ada yang terus menyatakan ia sebagai penyakit buatan orang seperti sihir dan santau.

Masalah Puan K ini perlu diatasi daripada peringkat awal. Iaitu semasa memulakan perniagaan. Selain itu, sebagai usahawan, kita juga perlu bersikap telus dalam setiap urusan.

Cara mengatasi masalah ini:
  1. Elakkan menjual dengan harga yang terlampau murah. Ini adalah kerana:
    • kos kehidupan semakin meningkat. Peniaga yang menjual dengan harga murah tidak boleh berkembang dan tidak dapat bertahan lama. Peniaga mudah tutup kedai berikutan kenaikan kos.
    • produk jadi tidak bernilai. 
    • merosakkan pasaran. 
  2. Telus: Nyatakan secara jelas perbezaan harga seperti berikut
    • Harga Produk A RM100 + 6% gst + kos pos = RM113 (sem msia) RM119 (sbh swk)
  3. Telus: Jika ingin memberikan diskaun, nyatakan dengan jelas supaya pelanggan faham dan tersimpan di dalam memorinya
    • "Harga Produk (rujuk item no 2 di atas). Jika Puan buat bayaran sebelum jam 5 ptg hari ni, kami berikan special discount, Puan hanya perlu bayar RM110 saja."
  4. Harapan: Peniaga tidak boleh meletak harapan tinggi dengan mengandaikan pelanggan akan faham jika kita tidak pernah memberitahu mereka. 
    • Contoh: Bulan lepas saya dah bagi free pos, Harap-harap nanti pelanggan faham-faham sendiri la kena tambah duit pos. Sedangkan hakikat sebenar kita sebagai peniaga tidak pernah memaklumkan kepada pelanggan bahawa ia tidak cukup.
    • Bak kata Ahmad Nisfu sewaktu mengarahkan P.Ramlee berlakon di dalam cerita Seniman Bujang Lapok, "Cakappp!!!! Cakapppp!!! Kenapa kau tak cakapppp!!!!"
  5. Tawakkal: Apabila menerima pesanan daripada pelanggan yang inginkan kembali duit RM2 mereka, berikan saja. Doakan yang baik-baik untuk pelanggan. Juga doakan untuk diri sendiri minta pada Yang Maha Kaya agar diberikan rezeki yang melimpah ruah. Perlu diingat, rezeki bukan di tangan pelanggan. Rezeki di tangan Allah. Rezeki juga bukan semata-mata bersifat wang. Tetapi rezeki ada dalam pelbagai bentuk. Tubuh badan yang sihat. Anak-anak yang sempurna akhlaknya. Suami/Isteri/Pasangan yang sangat rajin menolong. Kenderaan yang tidak pernah memberikan masalah.
  6. Nikmati Sedekah: Jadikan sedekah sebagai amalan harian. Sedekah perlu ikhlas dan tidak perlulah dikenangkan lagi. 
Demikianlah gabungan serba sedikit perkongsian dari ilmu copywriting dan NLP yang saya pelajari. Ia sangat membantu saya di dalam menjalani kehidupan sebagai seorang usahawan. Semoga ia juga dapat memberikan idea buat Puan K dan anda yang menghadapi masalah yang sama.

Selamat mencuba. 



No comments:

Post a Comment