Sunday, March 26, 2017

E43-44: 6 Langkah mudah berurusan dengan pelanggan secara Online



Teks: Nor Azian Binti Jamil
Gambar: Koleksi Peribadi
azian@draz.my







Berurusan dengan pelanggan secara atas talian agak mencabar kerana kita tidak kenal siapakah mereka di hujung sana. Lelaki? Wanita? Remaja? Berumur? Peramah? Pendiam? Berpangkat? Bergelar? Professional? Tiada pendidikan tinggi?

Ke semua perkara ini perlu diambil kira kerana kita tidak nampak pelanggan secara fizikal. Berbanding secara berdepan, sekurang-kurangnya kita dapat melihat riak wajah dan gerak bahasa tubuh selain dapat mendengar nada suara tinggi atau rendah.

Gunakan 6 langkah paling asas ini untuk memenangi hati pelanggan anda.

1. Perkenalkan diri 


Sekiranya pelanggan hanya menghantar pesanan melalui PM/MSG/Whatsapp/Email dan hanya menulis satu perkataan secara umum seperti:

"PM" 
atau "Boleh bagitau harga produk yang cik jual?"

Anda boleh jawab:
"Terima kasih menghubungi saya agen sah Vitamin K original dari Germany. Boleh saya tau nak beli apa ya?"


Kalau pelanggan dah beritahu pada mulanya dia nak beli apa, cukup sekadar tanya 

"Boleh saya tau, cik pernah pakai produk Vitamin K sebelum ni?"


Jangan LEBEYYY - 2 soalan CUKUP 


Ini kisah benar. Ramai yang over peramah. Siap tanya nama, no telefon, asal mana, dah kawin ke belum, anak berapa orang, kerja apa, kerja kat mana.


Uiii! Tanya soalan sampai 7 keturunan. Orang tu belum nak beli kita dah serang dia dengan soalan bertubi-tubi. Hilang la mood kawan tu. Terus dia blah. Padan muka!

Kalau secara berdepan korang tanya soalan 7 petala langit tu, mau makan penampor! Jangan dibuat dekkk!

2. Tanya masalah, dengar masalah. 

Apa masalah pelanggan sampai dia nak beli Vitamin K?
Jangan tanya saya. Tanya lah pelanggan yang hubungi kita.

Apabila mereka beritahu, maka di situlah kata kunci untuk mereka membuat pembelian.

3. Kaitkan dengan produk, tambah testimoni. 

Apabila dah tahu masalah mereka, tunjukkan beberapa contoh atau testimoni pelanggan terdahulu. Jangan pula menipu dengan memberi contoh palsu. Dosa tau!


4. Soal jawab dengan pelanggan. 

Pada peringkat ini, pelanggan dah mula berminat dan mereka akan mula bertanya lebih. Jawab je. Kalau boleh jangan bagi peluang langsung dia bertanya, sebaliknya kita yang tanya mereka. 

Eh! Bukan tanya membabi buta ye. Tanya perkara yang berkaitan. Ni kena belajar teknik bersoal jawab.

5. Beri Tawaran. Sebut harga. 

Apabila minat sudah dilahirkan. Masa ni kita boleh tawarkan harga jualan. Jika mereka meminta sedikit diskaun, berikan apa yang bersesuaian. Jangan pula main harga sampai untung pun tak ada. Nak sedekah buat cara sedekah. Jangan tutup periuk nasi sendiri dan periuk nasi jiran-jiran anda.


6. Minta nama, alamat, no telefon.

Ha! Di sinilah soalan tentang nama dan no telefon baru anda tanya.  Peramah tu biar bertempat ye cik jah.

OK. Cukup dulu 6 langkah ini. Buat dulu. Kalau berhasil ataupun tidak, kongsikan dengan kami supaya dapat kami kenalpasti kekuatan dan kelemahan skil inspektor Sahab kalian.

Selamat bertanya soalan!

No comments:

Post a Comment