Friday, March 10, 2017

E13-44: Sesungguhnya Mata Pena Itu Lebih Tajam Daripada Mata Pedang

Teks: Nor Azian Binti Jamil
Gambar: Koleksi Peribadi
azian@draz.my


Sepanjang penglibatan sebagai penulis bahan, pelbagai ragam dan permintaan yang adakalanya membuatkan saya berbelah bahagi di antara keutamaan wang dan erti kemanusiaan.

Pernah saya menerima satu tawaran menulis tentang artis idola Korea. Pelanggan yang berpangkalan di UK ini menguruskan satu laman sesawang yang menceritakan tentang peribadi dan kehidupan idola K-Pop kesayangan dunia.

Pada tugasan pertama, mereka hanya mahukan saya menulis tentang maklumat peribadi, sejarah kehidupan, karier dan kerjaya. Namun dek kegilaan peminat yang gilakan cerita peribadi artis kesayangan mereka, saya kemudian di minta untuk turut mencari dan menulis berita gosip yang boleh menghangatkan suasana agar laman sesawang mereka menjadi tumpuan.

Sekali itu sajalah saya menerima tugasan tersebut.

Ya! Meskipun upahnya menarik selain portfolio yang membanggakan, saya sering terfikirkan tentang apakah hasil tulisan saya ini bakal memusnahkan kehidupan seseorang. Tidak dinafikan kehidupan artis sangat menjadi tumpuan, namun saya tidak mampu untuk menjadi seorang penyebar gosip yang tidak boleh disahkan samada ia berita benar mahupun palsu. Jika ia benar sekalipun, saya berasa sangat malu untuk mewar-warkan kisah buruk seseorang ke mata orang lain.  

Kita mempunyai tanggungjawab besar terhadap setiap apa yang kita tulis. 
Ia satu tugas berat yang tidak akan lari dari ditanya di padang Mahsyar kelak. 
Semoga Allah tetapkan iman saya untuk berada di landasan yang benar. 

No comments:

Post a Comment