Thursday, March 9, 2017

E8-44: Dimanakah kedudukan Copywriting?

Teks: Nor Azian Binti Jamil
Gambar: Koleksi Peribadi
azian@draz.my




Sebab apa kita beli yang ni?

Ada 4 proses saringan yang terlibat sebelum ia dibeli:
1. D______
2. P________
3. C__________
4. P____

Kajian Kes: Pembelian Tanpa Dirancang (Impulsive Buyer)

Penafian: Kajian ini tidak mewakili semua niche produk mahupun perkhidmatan. Tetapi ia masih sangat berkaitan. Oleh itu, kajian terhadap produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan perlulah dilakukan.

Kejadian ini berlaku sewaktu saya sedang menanti kelas bermula. Saya memasuki sebuah kedai runcit untuk membeli sarapan pagi. Di minda telah tercatat untuk membeli roti sahaja kerana bekalan air minum saya sentiasa bawa. Wang untuk perbelanjaan tersebut memang disediakan cukup-cukup bagi mengelakkan pembelian tanpa rancang.

Namun begitu, saya gagal untuk mengelak daripada membeli produk ini meskipun saya sudah nampak ia di dalam peti penyejuk di sudut kedai.

Berikut adalah perkara yang telah menyebabkan pembelian tanpa dirancang berlaku dengan jayanya:


  1. DISPLAY/Venue/Location (Tempat Pameran/Paparan) - Kedudukan produk ni di kawasan yang mudah dilihat iaitu di kaunter utama. Sebab tu bakal pelanggan boleh nampak sewaktu proses mengeluarkan wang dari dompet. Sedangkan produk ini juga ada di dalam peti penyejuk yang agak terlindung kerana terdapat pesaing yang sama dengannya. 
  2. PACKAGING (Pembungkusan) - Bekas pembungkusannya kecil dan comel. Nampak CUTE dan kita terus ada perasaan 'tiba-tiba' ingin memiliki. Kecil menyampaikan mesej harganya mampu milik tetapi ia tidak melambangkan sesuatu yang murah. 
  3. COPYWRITING (Ayat Iklan) - Ayat Iklannya jelas terpapar di kotak dengan tulisan yang mudah dibaca meskipun dari jarak jauh. Untuk mereka yang mencari jajan, pastinya inginkan sesuatu yang baik selain sedap. Minda telah dilatih bahawa minuman yogurt adalah bagus untuk usus. Ia telah dikukuhkan dengan ayat 'menggalakkan bakteria usus yang baik'. Ada 'vitamin C dan kalsium'. Gambar buah anggur juga melambangkan ia asli meskipun sebenarnya tiada tuntutan menyatakan ia asli. Hakikatnya ia dipenuhi pewarna, gula dan perasa. Logo Halal hanya berfungsi sebagai sokongan untuk langkah pembelian. Jika tiada pun, pelanggan akan tetap beli atau tak ambil kisah. 
  4. Langkah akhir ialah PRICE (Harga) - Pembeli Impulsif tidak pernah ambil peduli dengan harga kerana mereka yakin telah mendapat nilai di no 3. Langkah tapisan telah berjaya bermula dari 1-2-3. Hanya langkah akhir untuk mengeluarkan duit bagi memastikan proses jualan berlangsung.


Kesimpulannya untuk kes ini:
Copywriting jatuh no 3 kerana Packaging memainkan peranan utama di dalam proses saringan pembelian. Harga pula adalah langkah terakhir.
Ini tidak sama sekali memberi maksud satu-satu perkara tidak penting. Tetapi turutannya saja yang perlu diambil kira.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk kita semua.

No comments:

Post a Comment